20141013

letih

hi.
berabad menyepikan diri. kini aku kembali.

hari ini aku letih.
teramat letih.
letih dengan manusia.
letih dengan perasaan.
letih mahu berfikir.
letih mahu bersabar.

tapi.
itulah kehidupan.
hidup mana mungkin selalu tersenyum.
hidup mana mungkin selalu tertawa.
hidup mana mampu terus menangis.
hidup mana mampu terus meratap,

tabahlah.
teruskan kehidupan,
waktu terus berputar.
otak terus berfikir.
hati terus merasa.
kaki terus melangkah.

tabahlah hati.
tabahlah.
tabahlah.
tabahlah.
tabahlah kawan.

hmm.

sophiea. 13102014. 03:32pm. isnin.

20130725

hari hari berlalu

Salam/
selamat bercuti.
Selamat hari Nuzul Al-Quran.

.......................................
Hari hari berlalu 
Gemuruh jiwa 
Hati sedih
Mulut senyum 
Mata menahan

Teruskan hidup
Tanpa keluarga disisi Seperti selalu 
Tanpa seorang teman untuk berrkongsi
Hidup ada turun naik 
Hidup ada pergi dan datang 

Tak akan selamanya kita sama 
Tak akan selamanya kita disini 

Walau jauh, dekat dihati. 
Celoteh ibu 
Nasihat ayah 
Usikan abang 
Manja adik 

Kuatkan hati, kuatkan semangat.
Kotakan janji. Janji untuk menjadi lebih baik
Amin.

20130718

dewasa

salam jumaat.

dewasa.
semua yang bernyawa akan menjadi dewasa jika diizinkanNya.
menjadi dewasa bukan mudah.
menjadi dewasa juga bukan mustahil.
menjadi dewasa pasti.

orang dewasa. 
orang lebih tua.

banyak pengetahuan.
banyak pengalaman.
banyak ilmu. 
banyak kata.
banyak tingkahnya.
banyak arahannya.
banyak soalannya. 
banyak jawapannya.

adik. remaja. kanak-kanak.
sedarlah.
bukan semua apa yang kita nak kita akan dapat.
pernah dengar agaknya;
ikut hati mati!

ada masa dengarlah cakap mereka.
mungkin rasa ada kurang kewarasannya bagi kita. mentah.
tapi mungkin nanti.
esok lusa minggu depan nanti tahun depan.
baru kita nampak 
baru kita tahu

kenapa kita dinasihatkan begitu.
kenapa kita diarahkan begitu.

pasti ada jawapannya.
pasti ada hikmahnya.
yang baik untuk kita.
yang terbaik untuk semua.

dengarlah nasihat, jangan degil (:

20130714

bulan ramadhan

Assalamualaikum.

bulan ramadhan.
bulan mulia.
bulan penuh rahmat...

kurangkan mencarut..
kurangkan mengarut..
kurangkan mengumpat...
kurangkan mengata..
kurangkan merokok..

banyakkan beribadah..
banyakkan berzikir..
banyakkan bersabar..

kurangkan dosa..
banyakkan pahala.

selamat bersahur (:
selamat berbuka (:

selamat menjalani bulan ramadhan :D

20130315

New Youth Credit Card




 Youth Credit Card

Card Size  : 
2,022px (width) x 1,275px (height).

ABOUT the credit card concept : 
Basically, the credit card theme is funky lifestyles suit to youth's soul. 
the road colored with white as it represent there are many choices in a life and many things to explore and experience as a youth.
the icon such as shopping bag, coffee, car and etc show the typical interest what on their minds.

IN ADDITIONAL,
using a credit card can ease youth life where pick whatever as desired that credit card affordable and just swap the card !! 

COLOR:
White is purity, innocence, wholeness and completion.
the color blue and pink was chosen to  give a meaning for the word,

Blue symbolizes: youth, spirituality, truth, peace. 

Pink symbolizes: love, beauty. 

 New Youth Credit Card name : Pick, Swap & GO!


=D

Good luck and happy designing!  For more details: here.

=)

good night.

20120527

Mediaquest May 2012 -Puppeto

hello everyone.
hows life?

no matter what, proudly present this video especially to KPOP fans (:
shut up and enjoy the video!



Changing society takes time...but we can change IF WE WANT :D

20120419

cuti? bermakna kerja.

kerja+kerja+kerja =kerja

so, 
hidup memang tak akan berhenti dari bekerja. bekerja. bekerja.
heh?
Kerja itu nikmat kehidupan?
kerja itu dikategorikan sebagai ibadah

Kerja Itu Satu Amanah |


(:
ikhlaskan hati,insyaAllah segala kerja dipermudahkan...


bye KL. 

20120323

macam biasa lah..

240112...esok 240212

maknanya dah sebulan tak update ini blog :p hehe,apa khabar? assalamualaikum semua ;)
dah nak sebulan juga saya ber-kehidupan baru..
kembali ke status 'student'.. Alhamdulilah dapat sambung belajar,semoga kali ini lebih lebih bagus dari yang dulu.. insyaAllah....

so,macam biasa lah.. kehidupan baru, kawan baru, roomate baru, baju baru n etc. awal2 home-sick jugalah.. hahhaaha XD

macam biasa lah..  ada rasa excited, happy, bersyukur,bersemangat tapi macam biasa lah juga.. ada perasaan negatif datang kacau, tapi kena fikir positif kalau tak rugi jer masa nak layan perasaan begitu XD

satu yang aku pegang kata2 orang kuat fakulti saya:
"be good be smart, respect PARENTS, LECTURER, & OTHERS, we are all khalifah of Allah ;)".

ganbatte and DONT despair and never loose hope! [=

20120124

oh lelaki idaman

assalamualaikum ;)
happy cny ! limau2 n byk dpt angpau???untungla klu dapat hee
btw kembali ke tajuk entri hehe
setiap org mesti ada ciri2 yg diinginkan pd psgn idaman kan kan
pada saya....
yang penting mestilah jaga solat jaga akhlak..

kalau yang ciri2 sampingan....
*suke lelaki ada kumis haha terselah ciri2 ke-macho-an disitu
*yg bajet ala2 ahli muzik pun cm romantik gak, gitar ke piano ke
*yg main sports pun lagi nmpk gagah berani gitu suke tgk laki main futsal lari sana lari sini dah GOL..hebattt
*pandai bergaya pun ciri yg bagus juga maknanya dia pentingkan penampilan n kebersihan walau muka tak hensem mane heee no offense
*yg jenis pemikiran jauh pun bagus rase ada la nampak masa depan ye tak?

Tapi......
Itu semua hanya impian angan2 tapi realitinya.........jarang2 seindah angan2 huhuhu

Drama filem hanya dunia fantasi semata2 pada akal logik wujud ker lelaki sesempurna begitu??
Sebab setiap org pun tidak sempurna kan tapi kita boleh berubah menjadi lebih lebih lebih baik

Org kata: jangan cemburu pada orang yang couple cemburu pada orang yang dah kahwin yang hidup bahagia huhuhu :)

20111231

tahun baru

hyeppp heppy new year :p
tahun baru....azam baru.....angan2 baru..kenangan baru....langkah baru...semangat baru.. teman baru??

may tiz comin 2012 will bring u happiness n prosperity :p
.
chilllax no matter what,b strong :o 

20111211

teringat plak

passing KLCC. reminds me about..... :")

tipu la sangat kalau tak pernah senyum.sorg2.. kadang2 ada sesuatu yang buat kita teringat sesuatu kan.
dalam tak sedar ada org kat sekeliling memerhati..tettt~ nak berangan pun agak2 la..

sekecil2 benda pun boleh buat aku sengih sorg2,ini kan pula gedabak macam KLCC. rindu pada kenangan lalu..huuuu~ ambil jadi kenangan terindah sebab mesti ada hikmahnya,dan teruskan kehidupan. redhakan..!
malaysia ni kecil jerla beb.. ehyeke? :p

============================
sambil layan lagu aishiteru,teringat plak kat ........... :D
============================
siapa ada formspring..? suke plak den baca reply3 kak fynn Jamal
contoh:


sabieha
suatu pernah tetap sampai bila2 suatu pernah.
redhakan.

  1. FynnJamal
    Kalau mahu hidup dlm kecewa,
    Jgn merungut asyik kecewa.
    Kalau mahu hidup tanpa kecewa,
    Jgn mengarut takkan ada yg takkan mengecewa.

dan lain2 only d: http://www.formspring.me/FynnJamal

20111201

takpe....

hello december.. :|

pernah rasa tak.. nak nangis tapi tak dapat nak keluarkan air mata. eh3? maknanya memang la sedih tapi sampai tak terkata. tak tau nak describe perasaan tersebut. so, terdiam n terkelu..

pengajaran yang saya dapat hari ini:
 silap la letak harapan tinggi sangat, bila jatuh kan dah sakit SANGAT. :\
huhu. itulah kehidupan. tapi saya tak putus harapan. hidup ini terlalu jauh nak pergi kan??,insyaAllah..

takpe.....
 'takpe ada hikmahnya..' 
'takpe Allah selalu ada..' 
'takpe inilah namanya kehidupan'
 'takpe bertahan selagi mampu' 
'takpe jangan bagi mak ayah risau' 
'takpe senyum :D'...........  :')

bak kata MAHER ZAIN la kan;
Everytime you feel like you cannot go onYou feel so lostThat your so aloneAll you is see is nightAnd darkness all aroundYou feel so helplessYou can’t see which way to goDon’t despair and never loose hopeCause Allah is always by your sideinsyaAllah3x
kerana duit boleh buat kita SANGAT gembira.kerana duit juga boleh buat kita SANGAT sedih. :p

cheer up k ^_^ *cakap kat diri sendiri la ni* 

20111125

jalan jalan cari pasal..

hye2, selamat ber-hujung minggu esok!! n selamat menyambut awal muharram.. semoga hidup terus diberkati dan ceria2~~

tajuk entri tak ada kaitan dgn pr0gram jalan jalan cari makan (JJCM) kat tv3 tu haa..hehe.. bukan apa sebagai pemandu/penunggang  yang setahun jagung dalam 'industri' jalan raya ni.. ada 'sikit2' tak puas hati ni haa..huu...

sebagai perempuan/wanita/gadis kadang2 ada terasa diskriminasi betul la.. lebih2 lagi time menunggang motor..why huh? ada rasa tak?
1/ ada aku kisah kau nak speed up laju mane?? lorhhhhh... -____-'' tak layan,sorry.
2/ kalau HON sebab nak menggatal baik tak payah. buat pencemaran bunyi jer... betul2 semak kepala otak jer.
3/ haa..ni lagi satu.. suka tukar lane tanpa signal dan lagi bertambah2 emotional kalau ada yang terlupa nak tutup signal.. aishhh. bahaya gak ni.
4/ yang si kereta ni pula. bagi2 la ruang kat motor nak men-celah. jap lagi kalau TERkena kereta lepas tu TERcalar ,angin satu badan plak kan? =p
5/ yang si motor ni pula, jangan nak zup-zap-zup-zap (kiri-kanan) ikut sesuka hati.. tak sempat brek tak pasal2 jadi superman.. *mintak jauh la kan*
6/ semua orang pun kalau boleh nak cepat, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain..means,kalau rasa nak makan angin pegi main lane kiri laaaa!
7/ ada pula, pasang lampu tinggi sampai silau bilau mata dibuatnya..huu~ 
8/ pesanan ni aku ingat lagi time pegi kursus JPJ kot.. si penunggang motor jangan pakai jaket terbalik.. TERsangat bahaya. sebab??? kalau jaket tersangkut kat lori tak ke bahaya? lepastu accident kepala dah hancur.. macam mana nak cam depan @ belakang?? *mintak jauh la kan*


dan sebagainya...
mem-bebel macam ni dah boleh mohon kerja under jpj tak..? hehe.
so, wahai driver2 sekalian..
SILA DAN SILA DAN SILA BERHEMAH SEMASA DI JALAN RAYA! 
dan berhemah juga walau di mana anda berada, jaga diri dan JAGA ORANG DI SEKELILING ANDA.
pegang kunci, ingat dah baca doa perjalanan n sebagainya ye.
ini entri sebenarnya tercetus sebab pagi tadi, ada pemandu van bodoh duk hon hon hon.. motif? sampai sikit lagi nak ter-accident dengan kereta lain. BETUL merosakkan mood pagi2..  -__________-''

sampai2 opiz terus tweet3 jap!

 gadis tak dikenali 

kalau boleh memang tak nak mencarut,tapi kadang2 ada benda BETUL3 buat kita hilang sabar errrrrrrr... Astaghfirullah Al-Azim.......

20111119

Nota Hati

(MEREPEK)
Nota hati.. 
Nak kata
oh TAK terucap
tapi 
hati TAK kan tenteram


hari jadi dingin
andai ini berlarutan
tangis tawa 
ini impaknya.. 


....................................................
dalam hidup ini.

tak semestinya kita ketawa,kita happy.. sebenarnya, nak lari dari masalah sebentar dan berfikiran positif. 
tak semestinya kita tak tanya khabar,kita tak peduli.. adakala,saja nak bagi ruang masing2~

dalam hati ini.
bukan 100%  rasa nak berkongsi. so, just wish me luck ok! :p
"renung..renung.. sampai ter-menung".


20111105

bila rindu...

bila rindu...
bila rindu nak ber-blogging..
update-lah! :p


cerita ape ya..o,minggu lepas saya konvo...wee.. Alhamdulilah..inilah hasilnya setelah 3 tahun berlalu~!!

3 tahun..?? pejam-pelik..makan-tidur.. assignment-cuti... happy-sedih.. junior-senior..
bak kata pepatah..
"bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..."

tak dinafikan..masa bersusah-susah.. bukan susah sorg2 la.. kawan2, keluarga selalu ada.. cuma,kadang2 saya bukan seorang yg suka share apa yg saya rasa.. unless, mood nak share tu datang..apa2 la.. heee :p

antara saya dah belajar dan faham dan alami tentang kehidupan:
"Bila sese0rg tak jawab sama ada sudi hulurkan bantuan? Terus tanya macam2. Kemungkinan ialah 'n0' " - kawan mmg macam2,faham2 lah..

"kawan yg baik... bukan baik dari segi segalanya... ada kurangnya... belajar terima kritikan dengan hati terbuka" - luahkan..jangan makan hati banyak2 (:

"buat kerja jangan bertangguh, jap lagi tanggung-lah akibatnya sendiri.. tettt~" - apa lagi,assignment la.haaaa.. 

"gagal sekali bukan gagal selamanya.. kegagalan itu sebenarnya guru yang terbaik! yang penting jgn pernah putus asa~" -fail n repeat2 paper n etc..think positive! pasti ada hikmahnya.. 

lagi macam2 sebenarnya pengalaman suka duka ada.. 
ok,
tahniah la kepada sesiapa yang dah grad! n bakal2 grad... kebanggaan mak ayah kita! bakal2 pemimpin negara. hee..
good luck~~

20111012

cita dan cita

holla...

Semua orang ada 'wishlist' kan... @impian @cita
sama ada mustahil,pelik,tak masuk akal...lagi2  bila sudah bekerjaya,keinginan macam2! 
sama ada nak jadi macam sekian2.. nak beli yang macam sekian2.. n dll (:
tak salah punya impian...mimpikan itu, impikan ini.. kan? kereta impian? rumah impian? pasangan impian? eh,haha :D
yang salah bila kita lupakan ilahi, keluarga n dll. untuk impian itu..bagi saya, orang macam ni tak kemana lah..huhu~

dah macam kaunselor tak bertauliah plak dah. =p
ok la.nak cakap 'wishlist' saya..

  • bestnya kalau dapat travel around the world.. (: especially nak pegi venice city! n for sure mecca.
  • best lagi kalau ada cafe' sendiri! deko sendiri, colour theme? mesti la my fav. colour..cipta menu sendiri. cool-lah (: Suria Station(gambar hiasan)
  •   yang ni,insyaAllah masa terdekat. cewahhh~ nice huh? not typical warna hitam..
  • ok.next.. kalau orang yang rapat dengan saya mesti tahu saya 'gila' kereta apa.. mini cooper! *jangan gelak lah!,t aku drive ni baru korg gelak puas2* 
  • dan.... pasangan impian? ni banyak sgt layan cerita jiwang karat la ni. kuang3~ nak macam awal ashaari dah la.. haha =p
  • n etc. *t panjang sangat plak nak list out* 
SEMUA orang ada IMPIAN tetapi TAK semua impian TERCAPAI” -so, kita ni hanya manusia biasa BERSYUKUR DENGAN   APA YANG ADA.. (:

20111004

kita berbeza

salam.nak merepek jap. 'kita berbeza'


kadang2 aku rasa kita ni macam baru kenal,walaupun dah bertahun kita kenal. 
aku tak faham la.. atau buat2 tak faham? 
mungkin sebab kita ni jauh dan berbeza asalnya.. tak dinafikan setiap orang berbeza dan aku belajar menerima perbezaan dengan anggap ia istimewa, entahla.. 


susah sangat ke kalau kita mintak 'kejujuran' dah sah2 ia bukan materialistik.
bagi aku, dengan kejujuran kita dapat terima sesiapa seadanya..dan lebih mengenali dan memahami.. dan cermin diri.. 
sebab selagi kita cuba mencari persamaan kita akan jumpe banyak perbezaan. kalau di fikir lagi menyerabutkan kepala. lebih baik fikir yang UTAMA. kan?
fikir perkara yang mem-bahagiakan untuk merasa bahagia. 
lagipun hidup ini bukan kisah kau dan aku SAHAJA. ada ramai lagi yang ada di sisi aku insyaAllah waktu susah dan senang.. kawan kawan kawan~


perbezaan-perbezaan... akan jumpa kebahagiaan/ menarik~~

*ada fahamkah ini entri? buat2 la faham* chill~

20110927

Ya Sudahlah




 gadis tak dikenali 
I favorited a  video  Bondan Prakoso & Fade To Black - Ya Sudahlah


semangat oww.. siap tweet bagai =p

first time dengar lagu ni kat astro;  ost nada cinta..
so googling la tajuknya.. really nice la! this song.. totally different from the other indonesian song.. siap rapping bagai. cool.. walau tak berapa nak faham.. ops! im malaysian ok.
huhu.. kalau di malaysia rasanya macam ala2 ahli fiqir, pop shuvit THE FABULOUS CATS etc.

tak kisah lah,jangan gaduh2..semua org berhak berkarya.. huhu (:
tak kisah lah, telinga lain2.. terpulang la nak layan ker tak kan? chill~
Bondan Prakoso & Fade 2 Black - Ya Sudahlah 
"Ketika mimpimu yg begitu indah,tak pernah terwujud..ya sudahlahSaat kau berlari mengejar anganmu,dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)
Reff :Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmuJanganlah kau bersedih..coz everything's gonna be OKAY
Santoz :Yo.. Satu dari sekian kemungkinankau jatuh tanpa ada harapansaat itu raga kupersembahkanbersama jiwa, cita,cinta dan harapan
Lezz :Kita sambung satu persatu sebab akibattapi tenanglah mata hati kita kan lihatmenuntun ke arah mata angin bahagiakau dan aku tahu,jalan selalu ada
Titz :Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjangbagai deras ombak yang menabrak karangnamun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenanghadapi ini bersamaku hingga ajal datang.........."
.........................
credit to: lagu.bloggerceria


 gadis tak dikenali 
finally..got the song title.. ost  ya sudahlah. nice! ;)

p/s: tak layan pun ceritanya, lagu jer layan.heheh~



bahasa.. negara.. bangsa... bukan isunya.. yang penting maksud tersirat n pengajaran sebaliknya kan? peace!